ANAK MERDEKA

KARYA: NORGADIS LABUAN

Hamid memang selalu mendengar ibunya berkata, tapi sayang Hamid tidak pernah percaya apa yang telah diceritakan kepadanya selama ini. Telah banyak yang berbicara tentang Pak Wahab, malah boleh dikatakan semua orang-orang tua di kampungnya tahu akan cerita Pak Wahab.

Walau apapun yang diceritakan oleh orang ramai, Hamid tetap dengan pendiriannya yang keras hati. Hamid memang tidak sukakan Pak Wahab. Malah perasaan jijik juga terselit dihatinya apabila melihat keadaan Pak Wahab yang pencang kakinya dan mengerutu pula wajahnya itu.

Petang itu, pulang dari sekolah, Hamid terus ke rumahnya. Dilihatnya ibunya sedang asyik berbual dengan Pak Wahab. Kelihatannya amat mesra sekali. Entah apa yang mereka bualkan Hamid kurang pasti.

"Tiap hari nak hantar makanan. Eee… Ibu ni dah kena pujai dek pak Wahab tu agaknya. Memang Pak Wahab suka buat hal, tak sedari diri, muka dah kereput, masih mahu mengatal," kata Hamid dengan geram sekali. Rasa-raanya ibgin saja dia menembak kepala orang tua nyanyuk itu.

"Ibu…! Tak ingat nak pulang ke? Hamid dah lapar ni, jangan anak kelaparan, kera tua pula diberi makan," tajam sungguh kata-kata yang dilaungkan oleh Hamid dari rumahnya yang kebetulan bersebelahan dengan rumah Pak Wahab.

Setiap kali kawan-kawan Hamid bercerita tentang kehebatan Pak Wahab sewaktu zaman penjajah Jepun dulu, pasti Hamid tergelak mendengarnya.

"Apa yang kamu percaya dengan cerita karut tu, lihatlah sendiri, Pak Wahab yang bongkok lagi pincang kakinya itu kamu katakan gagah? Tidak dapat kubayangkan, bagaimana agaknya dia berlawan dengan tentera Jepun dengan keadaannya yang begitu," kata-kata Hamid terhenti disitu, namun diakhiri dengan ketawanya yang pecah. Tiba-tiba Hamid menoleh ke arah Rashid.

"Engkau sajalah jadi macam Pak Wahab Rashid," Hamid menuding ke arah Rashid. Rashid menepis tangan Hamid, mukanya kelihatan kemerah-merahan menahan marahnya. Rashid benar-benar sakit hati melihat perangai Hamid yang biadap itu. Rashid mengambil keputusan pergi dari situ. Diikuti pula oleh Hassan yang kebetulan pemboncing setia motosikal Rashid.

"Hei…! Kenapa ni, tak kan itu pun nak marah," Hamid melambai kedua sahabat karibnya itu, namun langsung tidak diperdulikan oleh Rashid dan Hassan.

"Ini dah lebih ni. Kalau Rashid dan Hassan pun dah pandai belot. Nak kena betul orang tua ni. Entah apa pula ilmu yang dia pakai,: Hamid bergegas menononggang motosikalnya dan terus menuju ke rumah Pak Wahab.

Sesampai di halaman, dilihatnya Rashid dan Hassan seedang berbual-bual dengan Pak Wahab di beranda rumah papan yang bertiang itu. Kemarahan Hamin semakin membara apabila melihat kedua-dua sahabatnya berada di situ.

"Ooh…! Kau orang tinggalkan aku, ke sini pula kau orang mengadu ya?" marah Hamid.

"Hei si pencang bongkok! Turun kau, aku datang nak buat perhitungan hari ini.Kau benar-benar telah mencabar kesabaran aku," herdik Hamid. Rashid dan Hassan ketakutan dibuatnya, lebih-lebih lagi Hamid memang terkenal dengan kaki pukulnya. Ibu Hamid pula meninjau-ninjau dari jendela rumahnya. Dia bimbang kalau-kalau anak lelakinya itu buat hal kali ini.

Pada waktu itu, Pak Wahab yang menjadi sasaran Hamid kelihatannya tenang saja mempersilakan Hamid nak ke rumahnya..

"Naik ke rumah? Rumah macam ni, rumah yang dah nak mampus macam tuannya. Hei! Sedarlah sikit, aku tidak akan mencecahkan kakiku di rumah orang yang telah membunuh ayahku sendiri. Tui…!" Hamid berludah kekiri.

"Sabarlah nak Hamid jadilah anak merdeka yang bersopan, jangan biarkan diri dijajah oleh hawa nafsu, bawa banyak-banyak mengucap," wajah kedut tua Pak Wahab masih lagi tenang ketika itu.

"Jangan cuba nak menesihati aku Pak Wahab. Aku pelajar terbaik disekolah, aku tahu apa yang aku buat. Janganlah cuba berlindung disebalik nasihat-nasihatmu Pak Wahab, aku tahu apa sebenarnya yang terjadi. Pak Wahablah yang bertanggungjawap atas kematian ayah," Pak Wahab mengelengkan kepalanya.

"Kau salah faham nak," kata Poak Wahab perlahan sesuai dengan keadannya yang telah tua itu.

"Mata ini sendiri yang menjadi saksi Pak Wahab. Tangan Pak Wahab tulah yang mencabut parang yang menikam perut ayah," kata Hamid sambil menentang wajah Pak Wahab.

"Tapi bukan aku yang menikamnya…" kata-kata Pak Wahab terputus.

"Janganlah Pak Wahab cuba menipu aku, ibu mungkin dapat Pak Wahab tipu, tapi bukan aku Pak Wahab. Aku tahu, Pak Wahab sebenarnya dengaki. Pak Wahab mahu memikat ibu. Dengan kematian ayah, senanglah Pak Wahab mengoda ibu kan," tiba-tiba satu tamparan hinggap dipipi Hamid. Entah bila perempuan setengah abad itu datang, Hamid sendiri tidak menyedarinya.

"Ibu tidak pernah mengajar kau berkara begitu Hamid. Kau tak tahu, banyak jasanya kepada keluarga kita," terang ibu Hamid.

"Ibu jangan ikut campur, ini urusan lelaki. Hamid tak sangka ibu sanggup menyebelahi leleki pembunuh ini, air jernih yang bergenah dikelopak mata ibu tua itu tiba-tiba meluncur laju menuruni lurah-lurah tua di pipinya.

Satu demi satu anak tangga dituruni oleh pak Wahab. Manakala Rashid dan Hassan sudah sejak tadi menghilang.

"Sudahlah Hamid, jangan jadi anak derhaka di zaman merdeka ini, jadilah anak bangsa yang berguna," Pak Wahab menepuk bahu hamid Pantas sekali Hamid menepisnya.

Kemarahan Hamid semakin membuak. Dicapainya salah satu batang-batang kayu yang tersusun kemas di sudut halaman itu. Hayunan pertama Hamid kepada Pak Wahab tidak mengena, tanpa disangka disebalik ketuaan, ketangkasan Pak Wahab masih terserlah ketika itu. Hamid bukanlah orangnya yang mudah putus asa. Percubaan kedua mesti dilancarkan.

"Baap!" Kali ini mengena, tapi sayang , ianya telah mengenakan tubuh ibunya yang tiba-tiba saja menerpa ke arah Hamid. Ibu Hamid tersungkur.

"Ibu…!" Pak Wahab terperanjat. Tanpa berlengah Pak Wahab terus menghampiri ibu Hamid. Kemarahan Hamid ketika itu semakin memuncak.

"Jangan sentuh ibuku," kata-kata Hamid tidak diperdulikan oleh pak Wahab. Dengan bersusah payah pak Wahab cuba membantu ibu Hamid. Bertambah esak tangis perempuan itu melihat perangai anaknya yang banyak berubah semenjak ayannya meninggal tiga bulan yang lalu.

Melihat saja Pak Wahab yang tidak memperdulikan amaran Hamid itu, Hamid segera mengambil kesempatan memukul Pak Wahab bertalu-talu. Darah mengalir. Pak Wahab
rebah. Ibu Hamid menangis. Melihat saja darah yang tidak berhenti mengalir itu, Hamid menjadi lemah. Ketakutannya tiba-tiba menyelubungi dirinya.

"Apa yang telah kulakukan," Hamid mengeluh. Perlahan-lahan dia menghampiri Pak Wahab. Keegoannya hilang. Simpati pula yang menyusul.

"Pak Wahab… Pak Wahab!" Hamid mengoyang-goyangkan badan Pak Wahab. Pak Wahab yang tertutup matanya tadi akhirnya membuka matanya perlahan-lahan. Pak Wahab merenung Hamid. Tiada wajah benci terpamir diwajah tua itu.

"Nak! Pak Wah tidak membunuh ayahmu, dia tertikam sendiri dengan parangnya sewaktu jatuh dari pokok kelapa, Pak Wahab hanya mencabut parang itu saja, itu pun atas permintaan ayahmu nak. Hamid, Andainya Pak Wahab mati, jagalah ibumu baik-baik nak, itu pesan ayahmu. Pak Wahab mahu kau jadi anak merdeka yang berguna nak. Jangan sia-siakan masa mudamu. " Kelelakian Hamid tercabar ketika itu, air mata yang ditahannya akhirnya tertumpah juga.

"Kau degil nak, kau degil. Dialah yang menyelamatkan ibu dan ayah sewaktu ibu hampir diperkosa tentera Jepun nak, dia jugalah yang menyelamatkan ayahmu dari ditawan tentera Jepun. Inikah balasanmu terhadap orang yang berjasa kepada keluarga kita?" Hamid memeluk Pak Wahab yang semakin lemah itu. Pilu rasa hati Hamid mendengar kata-kata ibunya itu.

"Hamid tak tahu ibu, Hamid tak tahu, oh Pak Wahab, maafkan Hamid," Hamid benar-benar menangis ketika itu.

"Kau yang tidak mahu tahu Hamid. Tahukah kau, kecacatannya yang kau jijikan selama ini berpunca dari ibu dan ayah yang ingin diselamatkannya dari terkena letupan bom musuh. Tapi sayang dia pula yang menanggung derita," kata ibu Hamid dalam sendu. Tiba-tiba mata Pak Wahab tertutup.

"Pak Wahab…!" Hamid bagai hesteria ketika itu.

Kenangan itu tidak pernah hilang dari ingatan Hamid. Peristiwa itu benar-benar menjadi penjagaran kepada Hamid sendiri.

Pagi itu, 31 haribulan ogos, orang ramai sudah sedia berkumpul di dataran merdeka. Berbagai-bagai pakaian yang dipakai oleh kontegen-kontegen yang terlibat dalam perbarisan.

Apa yang amat membanggakan Hamid, dia telah diberi kepercayaan untuk membantu mendorong kereta roda yang digunakan oleh Pak Hamid sewaktu terpilih menerima anugerah rakyat berjasa. Anugerah itu telah disampaikan oleh Yang Berhormat Menteri dipagi yang ceria itu.

"Aku pasti akan jadi anak merdeka yang berjasa," bisik hati Hamid.


TAMAT

Jun 1999
SAGUHATI PERTANDINGAN MENULIS CERPEN PERWILA 1999

Tiada ulasan: